Hari ni lepas balik kerja,aku pergi bookstore,cari bahan-bahan bacaan.Tentang apa?Sudah tentu berkaitan hartanah.Bagi orang yang baru seperti aku yang menceburi bidang ini perlu banyak pendedahan ilmu baik daripada pergaulan daripada insan-insan yang terlibat dlm bidang ini dan juga melalui kisah-kisah pengalaman pahit manis,kejayaan mereka yang berkongsi idea dan tips-tips didalam bentuk buku.
Destinasi Book Store aku adalah HAMID BROSS.Warga Kuantan pasti tahu mana tempatnya.Buku-buku yang ada di kedai ni banyak juga.Lebih kurang sejam juga dekat situ,memilih buku-buku yang sesuai untuk aku.Pusing2 dalam book store tu aku pun belilah 4 buku.Salah satunya tulisan Saudara Azizi Ali,aku rasa ramai kenal dia ni.Jutawan hartanah yang banyak menganjurkan seminar kewangan,hartanah,berkongsi tips dan pengalaman beliau.Mungkin ramai yang dah ada buku tulisan beliau.Mungkin aku agak ketinggalan dlm bidang ini?Bagi aku itu bukan persoalan yang besar,kerana bagi aku,pembelajaran bukan terhad pada satu2 masa,ia berterusan sampai bila-bila.Selagi kita ingin berjaya,selagi itulah kita perlu belajar dan terus belajar walau apa cara sekali pun.
Buku yg 2 lagi ni aku tak kenal penulisnya.Tapi mungkin sesuai bagi insan yg baru seperti aku ini.Pembelajaran secara asas dlm bidang hartanah.Langkah permulaan ke peringkat yang tinggi.
Penulisnya adalah Wendy Koh dan Ahmad Tarmizi Jusoh.Kandungan tulisan mereka ni aku suka..simple,lebih kepada teknikal/praktikal.Tak perlu pening2,tiada kiasan-kiasan..straight forward.
Jadi,buku dah beli,masa membacanya pula..tak kan beli-beli lepas tu campak je kat meja..hehehe..tak bagus tu,dah le membazir,lepas tu tidak hargai ilmu pula..Kalau siapa-siapa nak beli,boleh pergi ke Hamid Bross..banyak buku tentang hartanah dan kewangan.Jom membaca dan belajar. :D
No comments:
Post a Comment