Sunday, September 26, 2010

Kesian mak...

Balik kg baru-baru ni,mak saya buka mulut.."Abang ,sebenarnya mak ada tanah,arwah aki (datuk) ada wasiatkan sebelum meninggal pada mak,".Saya pun cakap baguslah,sekurang-kurangnya,mak ada sedikit harta daripada arwah bapa dan ibunya.Arwah datuk mewasiatkan harta tersebut di bahagi 2,abang mak dan mak..Mak saya seorang yg naif,di serahkan bulat2 pada si abang untuk menguruskan pembahagian,itulah kasih sayang seorang adik kepada si abang,percaya bahawa si abang akan jujur dengannya.

Malang sekali,kata2 wasiat datuk,tiada hitam putih,cuma kata2 daripada mulut seorang bapa kepada anaknya.Harapan beliau,anak2 nya dapat menikmati sedikit harta yang di usahakan dengan jerih dan penat lelahnya.

Tahun demi tahun,daripada datuk telah meninggal,sehinggalah 2010 giliran nenek pula pergi menghadap Illahi..Setelah nenek pergi,emak teringat wasiat bapanya tentang tanah tersebut,Emak bukan tamak,emak mula meragui tingkah laku abangnya,sebab pertamanya abangnya sanggup menghalau adik2nya daripada rumah pusaka datuk nenek saya.Kedua,beliau tidak membincangkan lansung tentang tanah 6 ekar yang diwasiatkan oleh datuk saya tersebut.Ketiga,seorang broker tanah yang juga bapa saudara saya,memberitahu emak,tanah 6 ekar tersebut hendak dijual,sudah ada org kaya melihat tanah tersebut.

Nilai tanah rm50K seekar,6 ekar sudah RM300K,banyak kan?Hidup di kampung dengan nilai sebanyak itu lebih dari cukup.Daripada peristiwa tersebut,sudah jelas,emak turut menjadi kerakusan si abang.Di tambah lagi,selepas arwah datuk mewasiatkan tanah tersebut,si abang terus sepi,terus tidak membuka mulut pun tentang tanah tersebut.

Kalau diikutkan hati panas,memang boleh berperang jadinya.Tapi kita perlu rasional.Betul,dari segi teknikal tanah tersebut atas nama si abang,bermakna dia mempunyai kuasa mutlak ke atas tanah tersebut.Tapi macamana pula dari segi perundangan?Kita kan ada undang-undang membela yang teraniaya.

Dengan sedikit ilmu tentang tanah,saya cuba tenangkan emak,InsyaAllah ada jalannnya.Saya menghubungi seorang kenalan saya yang bekerja di firma guaman.Beliau mengsyorkan supaya membuat kaveat.Apa itu kaveat?Penulisan akan datang saya akan cuba tulis tentang perkara ini.Dengan berlakunya kaveat ini,sebarang urusniaga (jual/beli) tidak dapat diteruskan,selagi kaveat tersebut sah,dan selagi si pendaftar kaveat tidak membatalkannya.

Saya nasihatkan emak supaya membuat urusan ini secepat mungkin.Alhamdulillah,penat jerih emak di Pejabat Tanah,sanggup tidak makan minum demi untuk menuntut haknya.Sebenarnya emak boleh ambil tindakan lebih jauh atas nasihat peguam,di sebabkan pada geran jelas terdapat unsur seleweng.Maklumat menyatakan bahawa penama geran,iaitu abang emak,adalah anak tunggal,habis mana adik beradik yang lain?

Emak kata,cukuplah,marah sekalipun atas perbuatan yang tidak berhati perut si abang dia tidak akan bertindak sampai ketahap itu.Cukuplah dengan permohonan kaveat,yang mana mungkin si abang akan sedar tindakan yang beliau rasa sudah cukup bijak akan memakan dirinya.Emak sudah tenang,dan terus berdoa agar semua urusan akan di permudahkan oleh Allah.Itu harta mak,mak perlu dapat bahagian mak.Ada rezeki, tidak kemana emak.

Suatu hari nanti pasti akan ada seseorang yang akan menghubungi emak,meminta kaveat itu di batalkan?siapa orang itu?Sabar ye mak..Mak mesti hadapi semua ini dengan tabah,anak mak ada bersama dengan mak....Wassalam.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails