Salam Semua,Entri kali ini,saya akan masukkan gambar perjalanan saya ke Pekan,Ada beberapa gambar sy akan terangkan serba sedikit tentang lokasi Tanah di Pekan.Maaf kalau gambar kurang Jelas,maklumlah,ambil sambil drive...bahaya?hehehhe..bwk slow2 je.Ok,anda tengok2 lah ye gambar ni.Sila Klik tumblenail untuk paparan lebih besar.TQ
Jalan ke Pekan sudah 2 link,tapi masih belum siap sepenuhnya. Jalan pun selesa. Hampir memasuki Kg Ubai Pekan,pembinaan jalan sedang dilakukan. Jalan sehala. Saya sudah memasuki simpang Tanah Putih Pekan. Menuju ke tapak tanah di hujung jalan Tanah Putih Pekan. Semakin hampir ke lokasi. Di depan tu sahaja. Lokasi tanah di Tanah Putih Pekan. Masjid baru tanah Putih Pekan,dalam pembinaan. Jarak antara tanah untuk di jual dengan masjid baru,beberapa meter sahaja. Masjid lama Kg Tanah Putih Pekan Ni simpang saya masuk tadi,simpang ni juga kalau nak pergi ke Kuala Pahang. Saya teruskan perjalanan ke Lokasi Tanah di kampus UMP Pekan Papan tanda ke UMP Pekan. Tapak projek kampus UMP Pekan. Projek sekolah Projek Sekolah dan UMP Pekan ni bersebelahan. Pantai Lagenda Pekan. Saya teruskan perjalanan ke KG Tegak untuk tengok tanah. Pagar UMP Papan tanda ke Kg Tegak Sekarang saya sudah memasuki jalan Kg Tegak Melalui tepi pagar UMP Kelihatan bangunan di dlm Pagar UMP. Projek naik taraf jalan kg Tegak. Saya berada di lokasi tanah untuk dijual. Saya berada di simpang 3,sebelah kiri tanah untuk di jual. Sebelah kanan ada juga tanah untuk dijual.Kalau anda terus ke depan tu.itulah pagar UMP. Simpang 3,Kiri dan kanan,tanah untuk dijual. Ke Kanan ke UMP,tanah tidak berturap. Lagi Projek naik taraf jalan di kawasan ini. Saya bergerak keluar dari kg Tegak untuk ke Lokasi seterusnya. Dalam hati saya berkata,besar betul UMP Pekan ni,mcm x habis2 pagar dia. Saya berada di projek Menaiktaraf jalan ke UMP. Lokasi jalan ini.Laluan ke Bomba Pekan,simpang sebelum Stesen Petronas. Saya cuba gunakan jalan ini. Giat mara. Seronok juga,jalan besar,selesa. Penghujung jalan sudah.lebih kurang 3Km dari simpang masuk. Terus kehadapan nanti adalah UMP Pekan. Tanah2 di hadapan akan terlibat sama. Ini adalah kilang Air batu di Peramu,untuk dijual.RM1.1 Juta.(boleh runding) Keluasan Tanah seekar. Jalan masuk. Betul2 belakang Stesen minyak Shell Kiri Pasaraya Ten Ten Kanan Pasar raya Eng Hong DRB-HICOM (Gambar di ambil dari Stesen minyak Shell)
Terima Kasih pada yang sudi meluangkan masa melihat gambar2 ini.Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya.Lain masa saya akan upload pula lokasi seterusnya.
No comments:
Post a Comment