Monday, June 28, 2010

Tanah dan Rumah untuk Dijual (Update 28/06/2010)

Sebidang tanah berukuran suku ekar + Sebuah Rumah hendak dijual.
Lokasi di Pekan Pahang.Belakang Masjid At Taqwa Pekan Pahang.
Harga ditawarkan: RM320K
Sekiranya berminat anda boleh hubungi terus saya.
Saya boleh aturkan untuk bertemu pemiliknya.

(Gambar Masjid At Taqwa Pekan,kalau dari Kuantan masjid
ni ada di sebelah kanan)




Wednesday, June 23, 2010

Rencana : Hakmilik Tanah (Pegangan Bebas)

HAKMILIK TANAH –PEGANGAN BEBAS – DULU DAN KINI

Sinopsis

Esei ini ditulis adalah bertujuan untuk menerangkan tentang konsep

hakmilik tanah yang terdapat didalam Kanun Tanah Negara (selepas ini

dirujuk sebagai KTN ). Pada tanggapan masyarakat umum terdapat dua

bentuk hakmilik yang dikeluarkan iaitu hakmilik pegangan bebas (freehold)

dan hakmilik pajakan (leasehold). Kedua-dua hakmilik ini mempunyai ciri-ciri

yang tersendiri.

KTN telah berkembang pesat sejak penggubalannya, tanggapan umum

tentang tanah freehold dan leasehold masih lagi tidak berubah walaupun

undang-undang berkaitan dengan hakmilik ini telah berubah. Rencana ini

cuba untuk memberi perspektif sebenar apakah itu hakmilik freehold dan

leasehold mengikut undang-undang masa kini. Pendekatan yang digunakan

didalam penulisan rencana ini adalah berbentuk naratif-sederhana sesuai

dengan matlamat iaitu untuk memberikan satu ‘overview’ ringkas mengenai

hakmilik tanah yang terkandung didalam KTN.

Sejarah Hakmilik Tanah

Sebelum penjajahan British, tanah pertanian diberi kepada hamba rakyat oleh

pihak Istana untuk diusahakan dengan syarat sebahagian daripada hasil

tanah tersebut diberikan kepada pihak Istana. Berikutan dengan Perjanjian

Pangkor dan beberapa siri perjanjian yang lain Negeri-Negeri Melayu telah

mula menerima kemasukan dan campurtangan pentadbiran pihak British.

Agenda utama penjajah dikala itu ialah untuk membuka tanah lading

terutamanya ladang getah dan juga membuka kawasan-kawasan

perlombongan bijih timah. Untuk tujuan ini pihak penjajah telah pun

membawa masuk ramai pendatang dari luar terutama dari benua kecil India

dan China dimana kisah-kisah mereka ini telah pun menjadi sebahagian dari

sejarah Tanah Melayu. Demi mempastikan kesejahteraan dan keselamatan

pendatang ini , pihak Istana dengan nasihat penjajah British telah menjanjikan

satu jaminan keatas harta benda yang dimilikki iatu melalui satu suratan

hakmilik milik. Dari itu lahirkan konsep suratan hakmilik keatas tanah-tanah

yang dimilikki.


Bermula dengan penggubalan Peraturan Am Tanah di Perak (1879),

Selangor (1882), Negeri Sembilan (1887) dan Pahang (1888 ) dan juga

Peraturan Pendaftaran Hakmilik disekitar tahun yang sama maka wujudlah

sistem pemberimilikan tanah yang berdasarkan kepada suratan hakmilik.

Kemudian pada tahun 1911 set undang-undang ini telah digabungkan

menjadi dua iaitu Enakmen Tanah dan Enakmen Pendaftaran Hakmilik Tanah

ekoran dari wujudnya pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu..

Melalui undang-undang ini, tanah –tanah yang dimilikki oleh rakyat biasa

direkodkan didalam Mukim Register yang diuruskan Pejabat Tanah dan tanah

ladang, lombong dan Bandar yang biasanya dipegang oleh Pegawai

Ekspatriat British dan kaum Cina direkodkan didalam Buku Daftaran

Pendaftar yang diurus di Pejabat Pendaftar Hakmilik. Juga hartanah adalah

terletakhak kepada pihak Pemerintah dan boleh diberimilik selama lamanya

atau pun pajakan selama 999 tahun. Tanah desa kurang dari 100 ekar

terletak dibawah kawalan Pejabat Tanah manakala tanah Bandar,pekan dan

tanah desa melebihi 100 ekar dan tanah estet terletak dibawah jagaan

Pejabat Pendaftar. Justru lahirlah Hakmilik Pejabat Tanah (EMR) dan

Hakmilik Pejabat Pendaftar ( CT ).


Kedua-dua undang-undang ini kemudian digabungkan menjadi Kanun Tanah

1926 berkuatkuasa pada tahun 1928 dan lebih dikenali sebagai Cap 138

dengan sedikit perbedaan dimana tanah tidak lagi diberi pajakan selama 999

tahun sebaliknya 99 tahun. Kanun ini kemudiannya diterima pakai oleh

Negeri – Negeri Melayu yang lain.

Apabila Tanah Melayu diambang kemerdekaan Suruhanjaya Chick telah

mencadangkan supaya undang-undang tanah di Tanah Melayu

diseragamkan dan penekanan yang sama dibuat oleh Suruhjaya Reid yang

memggubal Perlembagaan Persekutuan lantas pada tahiun 1965 KTN telah

digubal dan mula berkuatkuasa diseluruh Semenanjung pada tahun 1966

dengan mengambil Cap 138 sebagai acuan utamanya.

Ciri-Ciri Baru Hakmilik Tanah

1. Kepentingan Hakmilik.

Hakmilik yang didaftarkan bagi sebidang tanah adalah sebagai bukti

pegangan dimana tercatat namanya didalam hakmilik berkenaan. Hakmilik

yang didaftarkan menggambarkan perihal tanah tersebut, tempat, luas,

kedudukan, sempadan-sempadan, tuanpunya dan apa-apa kepentingan lain

yang diwujudkan ke atas tanah berkenaan.

2. Faktor-Faktor Yang Menentukan Hakmilik

Dibawah Kanun Tanah Negara terdapat banyak perkara yang menentukan

jenis hakmilik. Perkara-perkara tersebut ialah:-

TEMPAT ; samaada tanah tersebut terletak di BANDAR, PEKAN ATAU

DESA. Ciri-ciri ini telah digunakan didalam Cap 138.

KELUASAN; jika tanah tersebut terletak di kawasan Desa, samaada

keluasannya lebih atau kurang dari 4.0 hektar (10 ekar). Berbeza denagan

Cap 138 yang menyatakan tanah desa seluas 100 ekar.

TEMPOH PEGANGAN; samaada tanah itu diberi milik untuk selama-lamanya

atau untuk satu tempoh. Biasanya selama 99 tahun.

Disamping itu, dari pejabat yang akan mendaftarkan hakmilik tanah juga

bertanggung jawab didalam penentuan hakmilik dan ianya terbahagi kepada

dua iaitu:

Hakmilik PEJABAT PENDAFTAR :- ia didaftarkan oleh

PENDAFTAR HAKMILIK. (Satu Pejabat Pendaftar bagi satu negeri)

Hakmilik PEJABAT TANAH:- ia didaftarkan oleh

PENTADBIR TANAH (Satu Pejabat Tanah bagi satu Daerah)

3.0 Hakmilik Pejabat Pendaftar

Hakmilik Pejabat Pendaftar didaftarkan bagi tanah-tanah

seperti berikut:-

a) Tanah Bandar

b) Tanah Pekan

c) Tanah Desa yang luasnya lebih dari 4.0 hektar

d) Tanah tepi pantai atau dasar laut

e) Tanah Desa yang luasnya kurang dari 4.0 hektar tetapi

pada pandangan Pihak Berkuasa Negeri perlu dikeluarkan

dalam bentuk hakmilik Pejabat Pendaftar.

3.1 Hakmilik Pejabat Tanah.

Hakmilik Pejabat Tanah pula didaftarkan bagi tanah-tanah

berikut:-

a) Tanah Desa yang luasnya kurang dari 4.0 hektar

b) Tanah yang diluluskan di bawah Akta Tanah (Kawasan

Penempatan Berkelompok) 1960, tanpa mengambil kira

keluasannya walaupun melebihi 4.0 hektar

4. 0 Hakmilik Sementara

Bagi tanah yang telah diluluskan pemberimilikan tetapi belum diukur

halus mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara, tanah tersebut akan

didaftarkan dalam bentuk HAKMILIK SEMENTARA bergantung

kepada jenis tanah tersebut samaada ia didaftarkan dalam bentuk

hakmilik sementara bersamaan dengan hakmilik Pejabat Pendaftar

atau hakmilik sementara bersamaan dengan hakmilik Pejabat Tanah.

Konsep hakmilik ini tidak ada didalam Cap 138, ianya baru

diperkenalkan didalam KTN.

5.0 Hakmilik Tetap

5.1 Apabila sesuatu tanah telah diukur halus dan keluasannya yang

muktamad telah ditentukan, maka tanah tersebut akan didaftarkan HAKMILIK

TETAP, dengan membawa maksud keluasannya telah ditetapkan.

5.2 Bagi hakmilik Pejabat Pendaftar terdapat dua jenis hakmilik tetap

iaitu:-

a) GERAN NEGERI dalam BORANG 5BK bagi tanah yang

diberimilik untuk SELAMA-LAMANYA.

b) PAJAKAN NEGERI dalam BORANG 5CK bagi tanah

yang diberimilik untuk SESUATU TEMPOH.

5.3 Bagi hakmilik Pejabat Tanah juga terdapat dua jenis hakmilik tetap

iaitu:-

a) GERAN MUKIM dalam BORANG 5DK bagi tanah yang

diberimilik untuk SELAMA-LAMANYA.

b) PAJAKAN MUKIM dalam BORANG 5EK bagi tanah yang

diberimilik untuk SESUATU TEMPOH.

Apakah Hakmilik Pegangan Bebas ?

Dulu ( 1966 – 1984)

Daripada ciri ciri hakmilik yang telah dibincangkan diatas, sesuatu tanah

berhakmilik pegangan bebas mestilah terdiri daripada hakmilik tetap dengan

taraf pemberimilikan untuk selama-lamanya dan bebas dari sebarang

bebanan dan sekatan kepentingan. Justru Geran Negeri (Hakmilik Pejabat

Pendaftar) dan Geran Mukim (Hakmilik Pejabat Tanah) adalah hak milik

pegangan bebas.

Kini. (1984 – 2009 )

Pada tahun 1984 melalui warta kerajaan Akta A 587 KTN telah dipinda.

Pemberimilikan hakmilik tanah untuk individu dan badan tidak lagi diberi milik

secara selama-lamanya lagi malahan secara bertempoh dengan tempoh yang

tertentu sahaja. Jadi tuan-tuan akan mendapati hakmilik didalam bentuk

Geran Mukim dan Geran Negeri yang dikeluarkan selepas ini akan

mempunyai tempoh pegangan yang tertentu. Ini bermakna syarat asas

hakmilik pegangan bebas itu telah tidak dipatuhi dan juga bermakna

hakmilik sebegini bukanlah hakmilik pegangan bebas lagi.

Isu

1.0 Penggunaan perkataan hakmilik pegangan bebas secara meluas oleh

pemaju-pemaju perumahan didalam iklan dan kain rentang sesuatu sekim

perumahan yang bakal dimajukan dengan harapan dapat menarik minat

ramai bakal pembeli. Pembeli yang tidak peka akan terperangkap dengan

strategi ini. Ada baiknya bakal pembeli membuat semakan yang terperinci

dengan Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Hakmilik Tanah untuk

mengetahui status hakmilik tanah rumah yang bakal dibeli samada

hakmilik pegangan bebas atau hakmilik pajakan.

2.0 Hakmilik pegangan bebas mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi

berbanding hakmilik pajakan. Pada kebiassaannya melebihi 100%

daripada hakmilik pegangan pajakan.Ramai bakal pembeli mahu

hartanya dipegang dibawah hakmilik pegangan bebas. Perlu juga

diketahui bahawa hakmilik tanah diluar rizab Melayu adalah lebih tinggi

nilainya daripada hakmilik tanah didalam kawasan rizab Melayu.

3.0 Justru tanggapan umum mengenai tanah pegangan bebas telah berubah

dengan perubahan undang-undang semasa. Hakmilik tanah perlu dikaji

dengan lebih teliti lagi dengan mengambil kira baki tempoh atau hayat

hakmilik yang masih berbaki lagi sebelum urusan pembelian dapat

dilakukan.

Kesimpulan

Semak dahulu status tanah/rumah yang hendak dibeli. Lantik seorang

Peguam bagi menguruskan perolehan hartanah tersebut. Selalu

berhubung dengan Pemaju dan Pejabat Tanah dimana hartanah tersebut

terletak. Sikap prihatin anda mungkin dapat membantu anda.daripada

ditipu. Jika ada masalah bertanyalah.

Wallahualam.



Rencana ini saya letakkan di sini sebagai maklumat untuk kita bersama.

Sumber :

Di sini.

Monday, June 21, 2010

Pahang Mohon Lebih Banyak Projek RMK-10

KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah percaya keadaan harmoni dan perpaduan kukuh di negeri ini membolehkan Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan wajar ke atas permohonan negeri mendapatkan lebih banyak projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Baginda bertitah, ia dapat memberi manfaat dan nilai faedah terbaik kepada rakyat, sekali gus mampu mewujudkan peningkatan positif kepada penjanaan ekonomi negeri.

“Beta dimaklumkan bahawa sebanyak 1,231 projek dengan anggaran kos RM15.6 bilion sudah dicadangkan untuk dilaksanakan dalam fasa pertama RMK-10, dan beta yakin keadaan harmoni ini membolehkan Kerajaan Pusat memberi pertimbangan,” titahnya pada perasmian Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini, semalam.

Teks ucapan baginda dibacakan oleh anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Yang Dipertua DUN, Datuk Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

Sultan Pahang juga meminta aspek pemantapan modal insan bagi melahirkan generasi berilmu dan berakhlak dapat diperkukuhkan dengan siapnya pembinaan kampus baru
Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kuala Pahang, Pekan dan Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa di Gambang.

Malah, titahnya, penekanan dalam bidang kewangan Islam oleh Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (Kipsas) adalah tepat selaras dengan strategi negara untuk menjadi Hab Kewangan Islam Global.
Sultan Ahmad Shah juga yakin pemulihan ekonomi negara menerusi pelbagai pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi serta tumpuan kerajaan negeri kepada projek mesra rakyat, menjana ekonomi dan projek berdasarkan nilai wang dapat membantu kerajaan negeri mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi pada kadar 2.4 peratus tahun ini berbanding negatif 2.9 peratus tahun lalu.

“Ia juga berkait rapat dengan pelaksanaan tujuh strategi pengukuhan ekonomi negeri yang akan dilaksanakan iaitu pengukuhan jaringan dan kemudahsampaian, pembesaran kapasiti utiliti, pemantapan modal insan, peningkatan nilai tambah sektor produktif, pelebaran jaringan sosial, peningkatan kualiti hidup dan pemantapan pelaburan swasta,” titahnya.


Sumber

Kredit to :Di Sini



Tanjung Agas lonjak ekonomi




LAKARAN artis Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim Tanjung Agas.

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedia menimbang menjadikan projek berimpak tinggi Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim di Tanjung Agas, di sini berstatus Zon Perdagangan Bebas selepas mencapai tahap penuh operasinya pada 2016.

Perdana Menteri berkata, projek bernilai RM2 bilion itu bertepatan dan bersesuaian dengan kehendak serta keperluan semasa negara dalam meningkatkan usaha cari gali dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli.

Katanya, berdasarkan skala pembangunan projek yang membabitkan kawasan seluas 1,658 hektar, ia mampu memenuhi permintaan dan keperluan aktiviti cari gali dan pengeluaran minyak mentah serta gas asli sama ada di Malaysia mahu pun rantau Asean.

"Projek Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim ini berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur asing dan tempatan untuk menempatkan operasi mereka seperti limbungan kapal, limbungan fabrikasi, pangkalan bekalan dan kemudahan perkhidmatan dan terminal penyimpanan minyak.

"Ini adalah pencapaian yang sungguh memberangsangkan dan ia sudah tentu akan memberi harapan cerah kepada penduduk di daerah ini terutama kampung sekitarnya berkaitan peluang pekerjaan dan perniagaan. Insya-Allah projek ini akan memberi perubahan dari segi ekonomi yang boleh dinikmati semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis pecah tanah Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim yang disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Tanjung Agas, di sini semalam.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman. Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Akhbar sebelum ini melaporkan pembinaan Taman Industri Maritim, Minyak dan Gas Tanjung Agas di Pekan, Pahang itu berjaya menarik pelaburan RM6 bilion, dengan RM3 bilion daripadanya adalah pelaburan langsung asing (FDI).

Pelaburan itu diperoleh susulan pemeteraian perjanjian pajakan antara pemaju induk taman itu, Tanjung Agas Supply Base & Maritime Services Sdn Bhd (TASBMS) dengan tujuh syarikat multinasional yang terbabit dalam pelbagai perkhidmatan minyak dan gas.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pembinaan taman industri itu juga akan mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan baru dalam tempoh 10 tahun, dengan 5,000 daripadanya akan diwujudkan dalam fasa pertama, sekali gus menjadikan daerah itu hab perkhidmatan minyak serta gas terkenal di rantau ini termasuk Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

Beliau berkata, kerajaan mengalu-alukan projek sedemikian kerana ia dapat meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada pembangunan ekonomi negara.

"Sektor perkhidmatan adalah satu daripada punca penjanaan sumber ekonomi negara dan ketika ini ia menyumbang kepada 54 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menerusi aktiviti sebegini maka ia boleh ditingkatkan kepada 70 peratus," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk menjayakan projek berkenaan di bawah Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) dan sedia menambah peruntukan berkenaan pada masa akan datang.
__________________

Sunday, June 20, 2010

Broker Gelap Vs Agen Berlesen

Salam buat semua….

Korang ada plan nak jadi broker hartanah ker atau mungkin tengah membuat urusan hartanah? Ni aku nak cerita mengarut sikit pasal broker hartanah nih. Korang tentu penah dengar perkataan “broker hartanah” kan. Sekali imbas orang akan kata broker hartanah ni lah punca harga hartanah melambung-lambung harganya. Ada pulak orang kata broker ni kaya sebab banyak dapat komisyen. Broker hartanah ni ada yang berlesen dan gelap punya. Walau apa pun dedua ambik untung samada dari penjual atau dari pembeli atau dari dedua sekali pun ada. Aku tak nak sentuh broker yang berlesen nih sebab diorang terikat dengan peraturan dan undang-undang (walaupun selalunya tak ikut).

Baik.. broker hartanah tak berlesen (gelap) ni korang boleh jumpa kat memana. Korang pun boleh jadi broker gelap nih. Contohnya korang ada kenal sorang nak jual tanah seluas 3 ekar dengan harga RM 1juta. Korang cari buyer dan beritau harga tanah tersebut RM1.5 juta, korang dah untung RM 500K. Kekadang penjual ada bagi lagi komisyen mungkin RM20K, banyak untung wo. Kalau korang buat keje 3 orang, jadi untung bagi 3… masih lagi kaya wo…

Mana nak cari hartanah.. senang aje, cari kat paper ker, iklan ker, papan tanda yang tuan tanah pasang ker dan memacam lagilah. Dapat aje, kontek tuan tanah buat perjanjian (supaya tuan tanah tak jual kat orang lain) untuk selama berapa lama yang dipersetujui dedua pihak. Selagi belum tamat tempoh, tuan tanah tak boleh jual kat orang lain selain yang korang rekomenkan. Ha,boleh buat duit kan….

Cakap memang senang brother.. bila dah berkecimpung dalam bidang nih baru tau memacam kerenah yang korang kena hadapi samada dari penjual atau pembeli. Kalau orang kata broker nilah punca harga hartanah melonjak memang ada betulnya. Korang tau sekali harga yang broker letak ni biasanya bukan sikit… kekadang lebih dari untung sipenjual tau.Alasannya banyak keja nak kena buat, kena set kan perjumpaan pembeli dan penjual, kena bawak pembeli ke lokasi dan memacam lagi lah. Lepas tu nak kena uruskan LoI (Letter of Intent) jugak LO (Letter of Offer). Dengan alasan ini maka broker letak harga pun gila-gila. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Sebab tu kekadang bila sipembeli nih dah kenal siapa penjualnya.. dia akan berurusan secara direct dan tinggalkan sibroker… hancus. Ada juga penjual atau pembeli yang berlagak (atau mungkin berhati-hati) maksud saya, sipenjual akan mintak sipembeli sediakan LoI dulu dalam pada masa yang sama sipembeli pulak mintak pulak LO dari penjual. Pening broker dibuatnya…Biasanya kalau ini berlaku, closed deal akan mengambil masa yang panjang atau langsung tak jalan.

Perjanjian bertulis kena ada antara broker dengan pembeli dan broker dengan penjual (pastikan mati setem).. tapi kalau sibroker ni broker gelap macamana nak gunakan undang-undang kalau salah satu melanggar perjanjian? Masalah tu…Tetapi tidak nafikan, banyak hartanah di negara ini yang berjaya diuruskan (jual beli) adalah hasil usaha broker gelap nih. Sebabnya diorang ni macam “freelance” boleh berada dimemana dan tak terikat dengan peraturan (gelap lah katakan). Mana yang dah berjaya tu..ada yang kaya dengan sekelip mata. Tapi, ada jugak yang terduduk dengan serta merta.

Kalau korang nak jual tanah sekarang ni, dan tak ade buyer selepas beberapa lama.. broker mana korang pilih? Yang berlesen atau yang gelap? sebenarnya dedua pun boleh, yang penting tanah terjual ikut harga untung korang. Berapa broker untung, dia punya pasal lah.. dan itu pasal lah harga tanah melambung gila-gila.

Apehal aku cerita pasal broker tanah ni.. aku bukannya broker tanah pun. Bukan apa, kalau ada sesapa yang nak jadi broker tanah.. mungkin ini boleh jadi bahan mengarut korang.. he he he


Sumber :-

**kredit to :Di Sini

Tujuan saya memaparkan artikel ini bukan nak kondem atau nak jatuhkan mana2 pihak,saya cuma ingin berkongsi dan membuat penilaian dengan pembaca yang budiman.Artikel ini lebih memfokuskan broker gelap (tidak berlesen).Beliau mengeluarkan kenyataan yang adil,ada pro dan kontra.Pendapat saya,samaada seseorang itu broker gelap atau agen berlesen,selagi beliau telus dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh penjual tanah kepadanya itu amatlah di puji.

Benar,harga sesuatu hartanah melambung seperti yang didakwa berpunca daripada mark up harga,biasanya ini terjadi apabila seseorang itu mula di kuasai oleh sikap tamak.Mark up harga kadang2 sampai tidak masuk akal.Tetapi konsep yg kami jalankan "makan sedikit,lebih baik daripada tidak dapat makan lansung",sebab,kadangkala apabila harga yang ditawarkan terlalu melampau/tinggi,pembeli terpaksa membatalkan niat membeli,pada masa yang sama broker lain tawarkan harga yg jauh lebih berpatutan,yang ternganga kita jugak.Apa-apa pun,Kejujuran dan ketelusan dalam urusan jual beli itu perlu di pegang tidak kira broker gelap mahupun agen hartanah berlesen.Terima Kasih.

Wednesday, June 16, 2010

Update Tanah 16 Jun 2010

Sekiranya anda berminat dengan lokasi tanah yang saya senaraikan di sini boleh hubungi saya.Saya juga akan update harga dalam masa terdekat nanti.Terima Kasih.

1. Lokasi : Mukim Bebar Pekan
Keluasan : 4 Ekar

2. Lokasi : Chendor Mukim Sg Karang Kuantan
Keluasan : 3 ekar
Jenis : Tanah Pertanian

3. Lokasi : Batu 15 Jalan Gambang Kuantan
Keluasan : 6 ekar
Jenis : Tanah Pertanian

4. Lokasi : Kg Kuala Penor
Keluasan : 1 ekar
Jenis : Tanah Pertanian

5. Lokasi : Pulau Hangus (Mukim Langgar Pekan)
Keluasan : 3 ekar

6. Lokasi : Batu 63 Jalan Maran Mukim Chenor
Keluasan : 8 ekar
Jenis : Tanah Pembangunan

7. Lokasi : Mukim Lepar Daerah Pekan
Keluasan : 4 ekar
Jenis :Pertanian

8. Lokasi : Permatang Pauh pekan
Keluasan : 2 ekar

9. Lokasi : Mukim Penor Kuantan
Keluasan : 3 ekar

10. Lokasi : Sungai Jarau (Mukim Penor Kuantan)
Keluasan : 4 ekar
Jenis : Pertanian (Rezab Melayu)

11. Lokasi : Batu 1 1/2 (Mukim Endau Rompin)
Keluasan : 6 ekar
Jenis : Pertanian



Sekirannya anda mahukan salinan geran untuk lokasi tanah yang disebutkan bolehlah email ke: azrul282@yahoo.com . Terima Kasih.

Sunday, June 6, 2010

Tanah Untuk di Jual Di Pekan (Update 6 Jun 2010)

1. Lokasi : Batu 8 Pekan-Nenasi -
Harga/ekar : RM195k/ekar
Keluasan : 2.919ekar
Harga Penuh : RM569k

2. Lokasi : Rompin-Endau
Harga/ekar : RM165k/ekar
Keluasan : 6ekar
Harga Penuh : RM990k

3. Lokasi : Pematang Perawan Pekan
Harga/ekar : RM135k/ekar
Keluasan : 2ekar
Harga Penuh : RM270k
Dekat tanah nie ada banyak pengusaha sarang burung Walit.

**Semua tanah tiada sekatan
Terbuka kepada semua Kaum untuk membelinya.


Salinan Geran Tanah,Sila Klik untuk di muat turun.

Geran Tanah Batu 8 Pekan-Nenasi.


Geran Tanah Rompin-Endau.


Geran Tanah Permatang Perawan Pekan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails