Sunday, December 5, 2010

Komisen RM1,000 bangkit minat Ali.

Siapa ada membaca Harian Metro keluaran Ahad?bertarikh 5 Disember 2010.Kisah suka duka seorang ejen hartanah untuk mencapai kejayaan.Saya sebelum ini pernah terdengar maklumat tentang Hamba Allah ini,malah pernah juga menonton kisah beliau dalam urus niaga lelong di saluran Astro tidak lama dahulu.
Dalam usia muda beliau sudah mencapai taraf jutawan dalam bidang hartanah,namun hakikat untuk menggengam sebuah kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah,banyak ranjau dan onak duri yang terpaksa beliau tempuhi,mari kita sama-sama hayati kisah beliau ini yang saya petik dari laman web Harian Metro.


Karisma: Komisen RM1,000 bangkit minat Ali

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my



DI kala rakan seusianya bermain dan menikmati dunia kanak-kanak dengan riang, dia membantu bapanya yang bekerja sebagai kerani sekolah melakukan kerja sampingan di kedai makan bagi menambah pendapatan keluarga.

Tidak terlintas dalam fikiran untuk menolak, apatah lagi sejak kecil dia dididik oleh ayahnya bahawa anak lelaki perlu bekerja keras jika mahu mendapatkan sesuatu.

Seawal usia 10 tahun, dia bekerja di kedai basikal, malah apabila menjangkau 12 tahun dia menjadi kedi bahkan pernah mengendong set golf seberat 20 kilogram kerana mahu memiliki kasut roda roller blade dan basikal.



“Itu semua saya anggap sebagai permulaan sebelum menjadi seperti sekarang,” kata pemilik nama Mohd Ali Abdul Majis, 27, yang lebih mesra disapa Ali.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aliy Property Advisors Sdn Bhd ini, dia tidak pernah menyesal tidak menikmati zaman kanak-kanak dan remajanya seperti rakan lain apabila perlu bekerja bagi mendapatkan wang membayar yuran persekolahan selepas tamat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


“Gara-gara sibuk bekerja, keputusan UPSR kurang memberangsangkan dan sebagai hukuman ayah menyuruh saya membayar yuran persekolahan sendiri selain membeli kelengkapan sekolah, termasuk beg dan kasut sekolah.

“Mujur wang yang diperlukan cukup, kalau tidak mungkin saya tidak masuk tingkatan satu,” katanya berseloroh.

Sejak itu, apabila tiba musim cuti sekolah Ali pasti bekerja bagi meringankan beban keluarga. Setiap pendapatan diperoleh digunakan sebaik-baiknya bagi menampung perbelanjaan dan membeli barangan keperluan sendiri.

Selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ali ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Paling membanggakan, dia menggunakan wang simpanan sendiri sewaktu sesi pendaftaran tanpa meminta bantuan orang tuanya.

Bagi terus memperoleh pendapatan sampingan, tahun pertama di universiti, Ali membuat kerja sambilan dengan menjual unit hartanah hasil peluang diberi bapa saudaranya.

“Tahu sajalah, bekerja sambil belajar memerlukan komitmen tinggi. Meskipun letih, saya seronok apabila berjaya menjual seunit hartanah dengan komisen mencecah RM1,000.

“Bermula daripada situ, saya dapati perniagaan hartanah mempunyai masa depan dan potensi cemerlang jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tahun kedua pengajian, dia mendapat berita kurang enak apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberhentikan pembiayaan pinjamannya atas sebab tertentu.

“Saya tiada pilihan melainkan berhenti belajar kerana sedar keluarga tidak mampu membayar sejumlah wang memandangkan adik-adik masih bersekolah.

“Memang terkilan, sebab cita-cita sejak kecil mahu bergelar usahawan berjaya dan tidak mahu bekerja makan gaji,” luah bapa kepada seorang cahaya mata perempuan ini.

Selepas berhenti belajar, Ali pulang ke kampung halamannya dan bekerja sebagai operator di kilang benang yang terletak di Dengkil.

Tidak lama selepas itu, bapa saudaranya memberi modal membuka perniagaan sendiri bersama tiga sepupunya. Perniagaan kedai komputer yang diusahakan mendatangkan hasil, namun hanya bertahan enam bulan akibat tiada persefahaman antara mereka.

Disebabkan minat belajar masih tinggi, Ali memohon menyambung pengajian semula di Kolej Ikram, Bangi. Masih dalam jurusan perniagaan, dia berharap dapat menghabiskan pengajian sebelum bergelar siswa dan membuka perniagaan sendiri.

Pada masa sama, dia memulakan perniagaan menggunakan wang simpanannya dengan membuka perniagaan kedai telefon bimbit di samping membeli kedai mencuci kereta daripada seorang rakan yang tidak mendapat sambutan.

“Sama seperti sebelumnya, perniagaan telefon bimbit juga tidak bertahan lama, sebaliknya perniagaan mencuci kereta mendapat sambutan hangat selepas bertukar pemilik.

“Namun, lumrah manusia tidak boleh melihat kejayaan orang lain. Akibat hasad dengki, bekas pemilik kedai mencuci kereta berkenaan mahu memilikinya semula,” katanya.

Menurut Ali, tanpa disedari ada pekerjanya yang juga adik kepada bekas pemilik kedai itu secara senyap memberitahu abangnya mengenai keuntungan syarikat serta mempengaruhinya supaya mengambil semula kedai itu.

“Apabila tidak dapat secara baik, mereka menggunakan cara kasar dengan menghantar sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan besi untuk menyerang saya.

“Insiden itu menyebabkan saya cedera parah di kepala akibat ditetak dan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua bulan,” katanya mengimbau semula peristiwa berdarah itu.

Selepas kejadian itu, Ali tidak dapat meneruskan pengajiannya yang hanya tinggal dua semester akibat kecederaan selain tiada pendapatan selepas kedainya ditutup. Selepas sembuh, Ali ditawarkan kerja di syarikat hartanah milik bapa saudaranya di Jalan Yap Kwan Seng sebagai budak penghantar surat.

Polisi sebagai anak saudara dan bapa saudara tiada dalam pejabat itu, sebaliknya hubungan antara pekerja dan majikan seperti yang lain.

Dengan gaji permulaan RM700, dia menggunakan peluang itu sebaik-baiknya dengan mempelajari selok-belok bidang hartanah bagi mencapai cita-cita bergelar ahli perniagaan berjaya.

Sedar gaji tidak mencukupi untuk hidup di kota besar, Ali membuat kerja sambilan dengan menampal poster dan notis sekitar ibu negara pada hujung minggu.

“Selepas berjaya menjual beberapa unit hartanah, saya tidak menoleh ke belakang lagi apabila pendapatan diperoleh di luar jangkauan.

“Macam tidak percaya, tapi itulah kebenaran. Mungkin berkat melalui pelbagai ujian getir dan tidak pernah putus asa di samping doa yang tidak pernah putus daripada keluarga,” katanya.




PROFIL
NAMA: Mohd Ali Abdul Majis
UMUR: 27 tahun
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Kajang, Selangor
ASAL: Kajang, Selangor
JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif Aliy Group Of Companies, Aliy Property Advisors Sdn Bhd, Aliy Net Sdn Bhd, Aliy Auction House Sdn Bhd, Aliy Hotel and Resort Sdn Bhd
ISTERI: Nurul Ain Ruslan
ANAK: Nurfarisah Mirza Mohd Ali (2)


kredit to Harian Metro

Selagi kita berusaha dan terus mencuba,kejayaan pasti akan kita miliki.

Saturday, December 4, 2010

Rumah & tanah untuk di jual (Batu 5 Kuantan) Update

Salam,hari ini saya berjumpa dengan Tuan Rumah yang nak jual tanah dan rumah beliau di Batu 5 Kuantan.Saya mendapatkan serba sedikit maklumat tanah dan rumah tersebut.
Maklumat yang saya perolehi adalah sperti berikut.

Tanah (seperti dalam geran)

Negeri :Pahang
Mukim : Kuala Kuantan
No Lot : Lot 31589
Luas Lot : 1545 sq/m (16630.242 ft²/0.382 acre/0.155hec)
Kategori : Pembangunan
Status : Pajakan negeri (99 tahun),Rezab Melayu (kawasan PAYA BESAR)

Bagaimana nak ke sini?

Jalan Kuantan Gambang,Batu 5.Sebelum Masjid Al-Hidayah Permatang Badak.
Daripada jalan besar ke lokasi cuma 200m sahaja.Google Maps di bawah untuk panduan ke lokasi rumah tersebut.


Gambar tapak rumah dan tanah.

Ni jalan depan rumah,akan dibina jalan berturap,hutan di depan ini akan diterangkan.Difahamkan di kawasan ini juga akan dibangunkan tanah untuk pembinaan taman perumahan.Terus ke depan hutan ni ada Taman perumahan,jadi jalan yang sedang dibina ini adalah penghubung ke taman tersebut.


Projek membina bengkel kereta.

Tapak/lokasi rumah dan tanah untuk dijual

Jalan masuk ke lokasi,jalan ini akan berturap.

Salah satu tanda nak masuk ke lokasi,dari jalan besar dah nampak,masuk ikut simpang ni.


Pandangan daripada jalan





Kayu pancang jalan

Kayu pancang sempadan antara tanah pemilik dan pancang jalan.



Kalau kita lihat di ruangan belakang rumah ni ada binaan batu,sebenarnya pemilik sudah melakukan penyambungan rumah ini.Bahan kayu yang digunakan adalah dari jenis kayu Chengal.
Keadaan rumah masih dlm keadaan baik.Cuma perlu melakukan beberapa penambahbaikan sahaja lagi.

Kenapa tanah dan rumah ini hendak dijual?

Memandangkan pemilik semuanya sudah mempunyai keluarga masing dan juga sudah mempunyai rumah,jadi mereka bersepakat untuk menjual rumah dan tanah ini.Rumah ini juga bukan ditinggalkan sepenuhnya,kadangkala pemilik ada juga datang untuk membersihkan keadaan sekeliling dan juga memastikan ia dlm keadaan baik.

Hampir 2 jam saya habiskan masa berbual dengan pemilik dan meninjau keadaan sekeliling,apa yang saya perhatikan ,pembangunan di sekeliling lokasi tanah ini agak pesat.Sila rujuk gambar yang disertakan.

Antaranya :-
1) Pembinaan jalan berturap
2) Projek Perumahan,kawasan di sebelah lokasi saya difahamkan seluas 4 ekar.
3) Kawasan berhampiran lokasi juga akan di bina Stesen Minyak Shell.

Sebarang pertanyaan anda semua boleh terus hubungi saya.Salinan dokumen,seperti geran,ada pada saya.Terima Kasih.

HARGA : RM 400K

Thursday, December 2, 2010

Rumah untuk di jual (Batu 5 Kuantan)

Salam,lama tak posting..hehehhe..ok,kepada yang nak beli rumah dan tanah,saya ada rumah dan tanah untuk dijual,lokasi adalah di batu 5 Kuantan Pahang..Gambar saya belum update lagi..nanti bila ada gambar saya akan posting di sini.TQ

Wednesday, October 20, 2010

Tanah untuk di Jual (Kuantan) 21/10/2010

Lokasi : Mukim sungai Karang (berdekatan Hotel Swiss Garden)

Saiz : 9 ekar

Kegunaan Tanah : Residential/Commercial Development

Harga : RM15.6 Juta

***Hubungi saya untuk segala dokumen berkaitan***

Lokasi Tanah

Tanah untuk di Jual (Kuantan) 20/10/2010


Lokasi : Gebeng, Sq. Karang, Kuantan, Pahang

Saiz : 6.832 acres (297,600 sq.ft)

Kegunaan Tanah : Komersial/Bangunan (Premium Paid)

Status Tanah : Freehold (Rizab Melayu)

Harga : RM 7.5 Juta

***Hubungi saya untuk segala dokumen berkaitan***





Lokasi Tanah





Sunday, October 17, 2010

Tanah Industri di Kuantan

Salam,kepada sesiapa yang ingin membeli tanah industri di Kuantan Pahang boleh hubungi saya.
Tanah yang sesuai untuk dibangunkan.Saya akan jelaskan status tanah dan juga hal-hal yang berkaitan tentangnya.

Lokasi tanah juga merupakan kawasan 'panas',yang mana akan meningkatkan harga pasarannya di masa hadapan.


BERITA

Jumaat Oktober 15, 2010

BAJET 2011: RM850j Bagi Infrastruktur Sokongan Wilayah Ekonomi

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Pembangunan koridor dan wilayah akan dipercepatkan dengan memberi tumpuan kepada sebilangan kluster yang mempunyai lebihan dari segi pengkhususan dan geografi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberi fokus kepada projek usaha sama antara pelabur luar dan tempatan dengan peruntukan RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan.

“Di Iskandar Malaysia kerajaan menyediakan RM339 juta untuk membina jalan raya, memajukan kawasan perumahan, menyedia dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam.

"Projek yang dijangka siap dalam tahun 2011 adalah Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet serta Legoland dan Melbourne College pada 2012," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.

Beliau berkata, di Wilayah Ekonomi Koridor Utara pula kerajaan memperuntukkan RM133 juta antaranya untuk membangunkan Pusat Pemprosesan Hasil Pertanian, Infrastruktur Pelancongan dan Pusat Inkubator Bioteknologi.

"Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur peruntukan RM178 juta disediakan bagi melaksanakan projek Taman Industri Loji Rawatan Air, pembangunan pelancongan serta kawasan bekas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.

"Bagi Wilayah SCORE, sejumlah RM93 juta disediakan untuk projek kemudahan telekomunikasi, bekalan air, lapangan terbang, jalan raya serta industri makanan halal,” katanya.


Sumber : mStar Online

Thursday, October 14, 2010

Buku Undang-Undang Tanah

Puas dah cari buku ni kat Kuantan,lastly jumpa jugak..buku apa ye?haaa..ni lah bukunya.KANUN TANAH NEGARA 1965.Bagi saya penting buku ni untuk sesiapa yang telibat dalam bidang tanah.Lebih-lebih lagi bagi orang yang setahun jagung seperti saya ni.Datang kosong takkan nak biar berkarat je kan?kenalah isi lubang-lubang yang kosong tu dengan sumber maklumat.Betul tak?

Bidang tanah ni tidak cukup dengan ilmu dari segi teknikal,ia perlu di sokong oleh ilmu perundangan..cewah..memandai je ayat..hehehe..Ia sama seperti memandu tanpa ada ilmu undang-undang.Betul,kita boleh memandu,tapi apa hak kita sebagai pemandu,sekiranya sesuatu berlaku,macamana kita hendak lalu jalan ini,apa maksud tanda ini?Samalah juga dengan tanah.
Kita tau dari aspek,ukuran,pecah lot,pecah geran,tapi akta-akta di sebalik semua itu?Kita perlu juga tau kan?walau sedikit pun.

Tujuan saya beli buku ini,ada sebab peribadi sebenarnya.Ada beberapa persoalan dan perkara yang saya perlu tahu tentang kanun/akta tanah ini.Bagaimana akta yang melindungi pemilik tanah,denda bagi kesalahan penipuan hakmilik dan sebagainya.Bagi saya buku ini seperti kamus,di mana kita perlu jadikan rujukan sekiranya kita berdepan dengan masalah tanah,borang-borang yang perlu kita gunakan untuk urusan di pejabat tanah.

Saya pun masih membelek-belek isi buku ni.InsyaAllah kalau ada sebarang maklumat yang boleh kita kongsi,saya akan posting di blog ini.Saya bukan pandai pun,banyak saya perlu belajar,saya tau,pengunjung blog ni jauh hebatnya ilmu hartanah berbanding saya.Saya cuma insan kerdil yang cuba untuk memenuhi impian hidupnya.

Maklumat Buku :-

Kedai : Hamid Bros Kuantan
Tebal :650 muka surat
Edaran : International Law Book Services
Harga : Rm35.00
Website : www.malaysialawbooks.com








Wednesday, September 29, 2010

Tanah Pertanian untuk di jual di Kuantan Pahang.

Mukim : Mukim Kuala Kuantan
Saiz : 4.2ekar (1.7 Hektar)
Lokasi : Depan Pasaraya Terus Maju Kuantan,belakang stor lori/treler.
Kawasan Industri,berhampiran highway Kuantan-KL.
No Lot : Lot 16207
Status : Rizab Melayu
Harga : RM 1,300,000.00

Saya boleh bawa terus berjumpa dengan pemilik tanah kepada yang serius.Hubungi saya untuk salinan geran jika perlu.

Sunday, September 26, 2010

Kesian mak...

Balik kg baru-baru ni,mak saya buka mulut.."Abang ,sebenarnya mak ada tanah,arwah aki (datuk) ada wasiatkan sebelum meninggal pada mak,".Saya pun cakap baguslah,sekurang-kurangnya,mak ada sedikit harta daripada arwah bapa dan ibunya.Arwah datuk mewasiatkan harta tersebut di bahagi 2,abang mak dan mak..Mak saya seorang yg naif,di serahkan bulat2 pada si abang untuk menguruskan pembahagian,itulah kasih sayang seorang adik kepada si abang,percaya bahawa si abang akan jujur dengannya.

Malang sekali,kata2 wasiat datuk,tiada hitam putih,cuma kata2 daripada mulut seorang bapa kepada anaknya.Harapan beliau,anak2 nya dapat menikmati sedikit harta yang di usahakan dengan jerih dan penat lelahnya.

Tahun demi tahun,daripada datuk telah meninggal,sehinggalah 2010 giliran nenek pula pergi menghadap Illahi..Setelah nenek pergi,emak teringat wasiat bapanya tentang tanah tersebut,Emak bukan tamak,emak mula meragui tingkah laku abangnya,sebab pertamanya abangnya sanggup menghalau adik2nya daripada rumah pusaka datuk nenek saya.Kedua,beliau tidak membincangkan lansung tentang tanah 6 ekar yang diwasiatkan oleh datuk saya tersebut.Ketiga,seorang broker tanah yang juga bapa saudara saya,memberitahu emak,tanah 6 ekar tersebut hendak dijual,sudah ada org kaya melihat tanah tersebut.

Nilai tanah rm50K seekar,6 ekar sudah RM300K,banyak kan?Hidup di kampung dengan nilai sebanyak itu lebih dari cukup.Daripada peristiwa tersebut,sudah jelas,emak turut menjadi kerakusan si abang.Di tambah lagi,selepas arwah datuk mewasiatkan tanah tersebut,si abang terus sepi,terus tidak membuka mulut pun tentang tanah tersebut.

Kalau diikutkan hati panas,memang boleh berperang jadinya.Tapi kita perlu rasional.Betul,dari segi teknikal tanah tersebut atas nama si abang,bermakna dia mempunyai kuasa mutlak ke atas tanah tersebut.Tapi macamana pula dari segi perundangan?Kita kan ada undang-undang membela yang teraniaya.

Dengan sedikit ilmu tentang tanah,saya cuba tenangkan emak,InsyaAllah ada jalannnya.Saya menghubungi seorang kenalan saya yang bekerja di firma guaman.Beliau mengsyorkan supaya membuat kaveat.Apa itu kaveat?Penulisan akan datang saya akan cuba tulis tentang perkara ini.Dengan berlakunya kaveat ini,sebarang urusniaga (jual/beli) tidak dapat diteruskan,selagi kaveat tersebut sah,dan selagi si pendaftar kaveat tidak membatalkannya.

Saya nasihatkan emak supaya membuat urusan ini secepat mungkin.Alhamdulillah,penat jerih emak di Pejabat Tanah,sanggup tidak makan minum demi untuk menuntut haknya.Sebenarnya emak boleh ambil tindakan lebih jauh atas nasihat peguam,di sebabkan pada geran jelas terdapat unsur seleweng.Maklumat menyatakan bahawa penama geran,iaitu abang emak,adalah anak tunggal,habis mana adik beradik yang lain?

Emak kata,cukuplah,marah sekalipun atas perbuatan yang tidak berhati perut si abang dia tidak akan bertindak sampai ketahap itu.Cukuplah dengan permohonan kaveat,yang mana mungkin si abang akan sedar tindakan yang beliau rasa sudah cukup bijak akan memakan dirinya.Emak sudah tenang,dan terus berdoa agar semua urusan akan di permudahkan oleh Allah.Itu harta mak,mak perlu dapat bahagian mak.Ada rezeki, tidak kemana emak.

Suatu hari nanti pasti akan ada seseorang yang akan menghubungi emak,meminta kaveat itu di batalkan?siapa orang itu?Sabar ye mak..Mak mesti hadapi semua ini dengan tabah,anak mak ada bersama dengan mak....Wassalam.

Saturday, September 25, 2010

Buang adik beradik kerana tanah..

Tengok tajuk tu seperti apa yang berlaku di dalam adengan drama/filem tempatan.Tapi macamana kalau ia betul-betul terjadi pada diri kita sendiri?Disebabkan perselisihan faham sesama adik beradik kita jadi tamak,sehingga tergamak menghalau adik beradik keluar dari rumah yang di duduki.Tambah memeritkan lagi geran tanah pusaka di tukar kepada nama anaknya.Tujuan saya menulis adalah sebagai pengajaran kepada kita semua.Apa yang berlaku benar-benar terjadi kepada keluarga saya.

Si abang yang sepatutnya membela adik beradik perempuannya sanggup bertindak zalim.Saat ibu sedang nazak menghadapi sakaratul maut,adik beradik bertelagah.Maka keluarlah perkataan yang tidak sepatutnya.."Keluar dari tanah dan rumah aku".

Si adik akur dengan keputusan saudara kandung yang sama-sama membesar.Susah senang bersama.Namun bila kedua org tua di jemput oleh Illahi..hancur musnah segala janji si abang untuk membela nasib adik-adiknya.Maka cukup tempoh yang diberikan si adik keluar daripada rumah tersebut bersama permata hatinya,seorang puteri dan 2 putera dengan deraian air mata.
Hati pilu mengenangkan disitulah segala kenangan,pahit manis membesar,tempat bermain.

Keperitan si ibu ini tidak di tanggung berseorangan,adik yang sama2 membesar bersamanya dan turut menjadi mangsa kerakusan si abang menurut bersama mengharungi kesedihan dan kekejaman si abang.

Hidup lah mereka bersama di tempat orang.Meneruskan kehidupan dan membesarkan si permata hati yang memahami apa sebenarnya berlaku.Bahagialah si abang yang melakukan kezaliman ini.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Pengajaran di sini,kerana harta,adik beradik sudah tidak penting lagi.Selagi hayat bapa atau ibu (pemilik tanah) masih hidup,buatlah apa yang sepatutnya.Jangan serahkan bulat-bulat pada yang tua (lelaki/perempuan) untuk uruskan.Pembahagian harta amat penting bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku di belakang hari.Jangan sangka si alim tidak boleh menjadi tamak.Kita perlu fikir yang buruk dahulu,dan simpan di dalam minda iaitu kita bukan Malaikat yang tiada nafsu..Terima kasih kerana membaca..Have a nice day....


Tempat yang pernah mencipta kenangan aku...











Tuesday, September 21, 2010

Tanah di Ubai (Update 21 Sept 2010)

Lokasi : Ubai (Mukim Penor),selepas Kg Semangat-Jalan Kuantan-Pekan,Berhampiran lebuhraya Ktn-Pekan.
Keluasan : 3++ ekar.
Status : Rizab melayu
Kategori : Pertanian
Harga : RM50K/ekar

Geran,Sila download di bawah :-










Lokasi tanah ini lebih kurang 500meter daripada simpang Kg Semangat (Kuantan-Pekan),melalui 2 jambatan.Selepas sedikit sahaja jambatan nombor 2 itu,kita akan nampak lorong ke kiri,masuk lorong tersebut.Kita akan lalu di bawah wayar pencawang elektrik,selepas pencawang,kita sudah berada di lokasi tanah.Jarak antara tanah ke jalan besar adalah lebih kurang 100meter.

Tanah ini di tengah antara pencawang elektrik dan pokok sawit.Tanah ini juga memanjang ke belakang.Gambaran adalah seperti di atas.

Thursday, August 5, 2010

Tanah Permatang Perawan Pekan






Tanah yang sesuai untuk dijadikan lokasi sarang burung.

Rumah untuk dijual di Pekan

Gambar masjid Attaqwa Pekan






RUMAH BANGLOW UNTUK JUAL
BELAKANG MASJID TAQWA PERAMU PEKAN
KELUASAN TANAH SUKU EKAR
HARGA rm320K (HARGA BOLEH BINCANG - JUAL SEGERA)
BILIK ADA 4+1
BILIK AIR 3
DAPUR SIAP DENGAN TABLE TOP

TANAH TEPI PANTAI


TANAH SUKU EKAR
SERANDU PEKAN
BERHAMPIRAN PANTAI
HARGA RM85K (MASUK NAMA DALAM GERAN)






TANAH TEPI PANTAI
BERHAMPIRAN UMP PEKAN PAHANG
RM170K / KELUASAN SEEKAR



TANAH TEPI JALAN DEKAT JANDA BAIK





TANAH TEPI JALAN DEKAT JANDA BAIK
200m DARI CENTELLA ASIAQUITA CHALET AND GARDEN
HARGA RM185K


Monday, July 26, 2010

Update tanah di Tanah Putih Pekan.


Lokasi : Berdekatan Ubai Pekan,tepi jalan Pekan Kuantan
Harga : RM100k/ekar
Keluasan : 4.67 ekar
Status / Jenis : Tanah Geran Kekal (Rizab Melayu)
Lokasi betul-betul tepi Highway Kuantan-Pekan







Lokasi : Berdekatan Ubai Pekan,tepi jalan Pekan Kuantan
Harga : RM100k/ekar
Keluasan : 4.67 ekar
Status / Jenis : Tanah Geran Kekal (Rizab Melayu)
Betul-betul tepi Highway Kuantan-Pekan


Tanah berhampiran UMP Pekan 7 ekar





Tanah berhampiran UMP Pekan,kawasan jalan Kg Tegak
Keluasan : 7 ekar
Status :Rizab Melayu
Harga:RM 120K/ekar








Monday, July 12, 2010

Kami mahukan rumah sewa di Pekan..ada lagi tak?

Hari ini,saya pergi ke bandar Pekan atas urusan kerja,sepanjang laluan ke Pekan,bermula dari Tanah Putih Pekan,semakin pesat kerja-kerja menaik taraf jalan bandar Pekan.Laluan 2 hala cuma boleh digunakan sehala sahaja.Tanda-tanda Bandar Pekan akan berubah menjadi bandar maju semakin jelas kelihatan.

Di sini saya ingin kongsikan dengan pembaca tentang kain iklan ini.
(Biasa kita lihat,tuan rumah yang buat iklan rumah untuk disewakan)


Apakah maksud iklan ini?Mengikut iklan ini,Pihak Pentadbiran UMP menawarkan kepada sesiapa yang memiliki rumah,dan berhajat untuk menyewakan kepada pelajar UMP boleh hubungi pihak UMP bagi menawarkan rumah-rumah untuk di sewakan kepada pelajar-pelajar.



Kesimpulan yang kita dapat rumuskan di sini adalah,permintaan kediaman di Pekan amat tinggi.Situasi ini terjadi adalah disebabkan oleh kebanjiran pelajar-pelajar UMP apabila Kampus Tetap UMP Pekan siap.Pekerja-pekerja Kilang,Pelajar kolej Automotif Pekan.Mengikut perancangan,pelbagai prasarana akan dibangunkan di Bandar Pekan,ini akan menjurus kepada kepesatan penduduk di Pekan.

Peluang untuk melabur hartanah di Pekan masih terbuka.

Tuesday, July 6, 2010

Makluman





Salam Sejahtera kepada pengunjung blog ini.Terima Kasih di atas kesudian anda semua melawat blog yang tidak seberapa ini.Tujuan saya post entry ini adalah untuk memaklumkan kepada semua,sekiranya anda hendak melihat senarai harga tanah dan premis,sila Klik link di atas yang bertajuk Harga Tanah dan Harga Premis.Saya berbuat demikian untuk memudahkan anda semua untuk melihat senarai harga hartanah tanpa perlu membelek satu persatu page di blog ini.

Sebarang penambahan lokasi dan perubahan harga saya akan kemaskini di page tersebut,anda boleh menyemaknya di situ.Lagi satu,nampak tak link yang bertulis Download?ok,di situ saya akan letakkan borang,dokumen,(berkaitan hartanah) .Anda boleh gunakan borang/dokumen tersebut sekiranya anda terlibat dlm penyewaan Hartanah (seperti premis),Dokumen tersebut lengkap,dan ia mmg digunakan oleh pemilik-pemilik premis sebagai perjanjian kontrak antara pemilik dan penyewa.Ianya di sediakan oleh sahabat saya.

Akhir sekali,war-warkan blog ini kepada rakan-rakan anda,Sumbangan idea dan maklum balas amatlah dihargai.Insan yang baru bertatih seperti saya masih banyak yang perlu di pelajari.Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails