Sunday, June 20, 2010

Broker Gelap Vs Agen Berlesen

Salam buat semua….

Korang ada plan nak jadi broker hartanah ker atau mungkin tengah membuat urusan hartanah? Ni aku nak cerita mengarut sikit pasal broker hartanah nih. Korang tentu penah dengar perkataan “broker hartanah” kan. Sekali imbas orang akan kata broker hartanah ni lah punca harga hartanah melambung-lambung harganya. Ada pulak orang kata broker ni kaya sebab banyak dapat komisyen. Broker hartanah ni ada yang berlesen dan gelap punya. Walau apa pun dedua ambik untung samada dari penjual atau dari pembeli atau dari dedua sekali pun ada. Aku tak nak sentuh broker yang berlesen nih sebab diorang terikat dengan peraturan dan undang-undang (walaupun selalunya tak ikut).

Baik.. broker hartanah tak berlesen (gelap) ni korang boleh jumpa kat memana. Korang pun boleh jadi broker gelap nih. Contohnya korang ada kenal sorang nak jual tanah seluas 3 ekar dengan harga RM 1juta. Korang cari buyer dan beritau harga tanah tersebut RM1.5 juta, korang dah untung RM 500K. Kekadang penjual ada bagi lagi komisyen mungkin RM20K, banyak untung wo. Kalau korang buat keje 3 orang, jadi untung bagi 3… masih lagi kaya wo…

Mana nak cari hartanah.. senang aje, cari kat paper ker, iklan ker, papan tanda yang tuan tanah pasang ker dan memacam lagilah. Dapat aje, kontek tuan tanah buat perjanjian (supaya tuan tanah tak jual kat orang lain) untuk selama berapa lama yang dipersetujui dedua pihak. Selagi belum tamat tempoh, tuan tanah tak boleh jual kat orang lain selain yang korang rekomenkan. Ha,boleh buat duit kan….

Cakap memang senang brother.. bila dah berkecimpung dalam bidang nih baru tau memacam kerenah yang korang kena hadapi samada dari penjual atau pembeli. Kalau orang kata broker nilah punca harga hartanah melonjak memang ada betulnya. Korang tau sekali harga yang broker letak ni biasanya bukan sikit… kekadang lebih dari untung sipenjual tau.Alasannya banyak keja nak kena buat, kena set kan perjumpaan pembeli dan penjual, kena bawak pembeli ke lokasi dan memacam lagi lah. Lepas tu nak kena uruskan LoI (Letter of Intent) jugak LO (Letter of Offer). Dengan alasan ini maka broker letak harga pun gila-gila. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Sebab tu kekadang bila sipembeli nih dah kenal siapa penjualnya.. dia akan berurusan secara direct dan tinggalkan sibroker… hancus. Ada juga penjual atau pembeli yang berlagak (atau mungkin berhati-hati) maksud saya, sipenjual akan mintak sipembeli sediakan LoI dulu dalam pada masa yang sama sipembeli pulak mintak pulak LO dari penjual. Pening broker dibuatnya…Biasanya kalau ini berlaku, closed deal akan mengambil masa yang panjang atau langsung tak jalan.

Perjanjian bertulis kena ada antara broker dengan pembeli dan broker dengan penjual (pastikan mati setem).. tapi kalau sibroker ni broker gelap macamana nak gunakan undang-undang kalau salah satu melanggar perjanjian? Masalah tu…Tetapi tidak nafikan, banyak hartanah di negara ini yang berjaya diuruskan (jual beli) adalah hasil usaha broker gelap nih. Sebabnya diorang ni macam “freelance” boleh berada dimemana dan tak terikat dengan peraturan (gelap lah katakan). Mana yang dah berjaya tu..ada yang kaya dengan sekelip mata. Tapi, ada jugak yang terduduk dengan serta merta.

Kalau korang nak jual tanah sekarang ni, dan tak ade buyer selepas beberapa lama.. broker mana korang pilih? Yang berlesen atau yang gelap? sebenarnya dedua pun boleh, yang penting tanah terjual ikut harga untung korang. Berapa broker untung, dia punya pasal lah.. dan itu pasal lah harga tanah melambung gila-gila.

Apehal aku cerita pasal broker tanah ni.. aku bukannya broker tanah pun. Bukan apa, kalau ada sesapa yang nak jadi broker tanah.. mungkin ini boleh jadi bahan mengarut korang.. he he he


Sumber :-

**kredit to :Di Sini

Tujuan saya memaparkan artikel ini bukan nak kondem atau nak jatuhkan mana2 pihak,saya cuma ingin berkongsi dan membuat penilaian dengan pembaca yang budiman.Artikel ini lebih memfokuskan broker gelap (tidak berlesen).Beliau mengeluarkan kenyataan yang adil,ada pro dan kontra.Pendapat saya,samaada seseorang itu broker gelap atau agen berlesen,selagi beliau telus dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh penjual tanah kepadanya itu amatlah di puji.

Benar,harga sesuatu hartanah melambung seperti yang didakwa berpunca daripada mark up harga,biasanya ini terjadi apabila seseorang itu mula di kuasai oleh sikap tamak.Mark up harga kadang2 sampai tidak masuk akal.Tetapi konsep yg kami jalankan "makan sedikit,lebih baik daripada tidak dapat makan lansung",sebab,kadangkala apabila harga yang ditawarkan terlalu melampau/tinggi,pembeli terpaksa membatalkan niat membeli,pada masa yang sama broker lain tawarkan harga yg jauh lebih berpatutan,yang ternganga kita jugak.Apa-apa pun,Kejujuran dan ketelusan dalam urusan jual beli itu perlu di pegang tidak kira broker gelap mahupun agen hartanah berlesen.Terima Kasih.

4 comments:

  1. Hey There. I found your blog the use of msn. That is a
    very well written article. I'll be sure to bookmark it and come back to read more of your helpful info. Thank you for the post. I will certainly return.

    Feel free to surf to my blog; diets that work for women

    ReplyDelete
  2. Betul la... harga berganda2 dr nilai sebenar....nilai tanah 20k. Jual 75k...melampau betul..

    ReplyDelete
  3. Betul la... harga berganda2 dr nilai sebenar....nilai tanah 20k. Jual 75k...melampau betul..

    ReplyDelete
  4. Pembeli pun kena bijak. Check harga pasaran dulu. Bukan main buta-buta beli jer & setuju dgn harga broker tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails